rindu mereka!
Monday, September 20, 2010 | 11:03 PM | 0 comments
entri ini kedengaran jiwang bukan? bagi aku tidak. kerana aku tidak merindui lelaki tetapi lelaki dan perempuan. haha. maksud aku, aku sangat rindukan rakan-rakan sebaya denganku yang pernah bersekolah di Ideal Heights terutamanya ex-5 science 3 (09).
memang betul kata pn. hasniza yang pernah menjadi guru kimiaku semasa di tingkatan 4. waktu yang akan kami rindui adalah zaman persekolahan. bukan sekolah rendah, tetapi sekolah menengah. bagi aku, tingkatan 4 dan 5 adalah waktu yang sukar untuk aku lupakan.
aku rindu rakan-rakanku yang gila a.k.a masuk air seperti rahmat, haiqal, kong yao, eu jinn, kuan chong, amrita, puvethra dan lain-lain. hehe. jangan marah.
aku rindu kena buli dengan mereka di dalam kelas dan buli mereka balik dalam kelas. haha
aku rindu gaduh dengan geng kong yao walaupun mereka agak lucah
aku rindu tengok puvethra dan amrita kena buli dengan geng kong yao. haha
aku rindu menjadi salah seorang yang suka membuat bising dalam kelas. *ops. pecah rahsia*
aku rindu untuk bertanya sampai habis waktu di dalam kelas. hehe
aku rindu menjadi "ceti" dan di panggil ceti setiap kali aku nak kutip duit kelas.
aku rindu saat kami keluar bersama.
aku rindu nak belajar math dan biologi dengan pn. wong dan cik aida.
aku rindu dengan pn. malar codi setiap kali dia jerit dalam kelas kimia. haha
aku rindu bermain softball dengan rakan-rakan kelas.
aku rindu bergosip dengan rahmat, amrita dan puvethra. hahaha
terlalu banyak perkara yang berlaku dalam masa 2 tahun. terlalu banyak untuk aku ceritakan di sini. sesungguhnya aku sangat merindui saat itu.
ceh. ayat baku. haha. tapi best juga berbahasa ibunda. bukankah begitu? bagi adik-adik yang masih lagi bersekolah, hargailah zaman persekolahan anda kerana zaman itulah yang akan anda rindui sepanjang hayat.