My Little wings!
What should I name this post?
Sunday, April 29, 2012 | 3:27 AM | 0 comments

Assalamualaikum..

Maaf.. Tak rasa nak speaking hancur dekat sini. Kes mood baca tak datang lama sangat menyebabkan vocab saya lari habis. Dah lama tak update blog, dan bila nak update, setting dah lain, jadi agak blur sedikit. hehe..

Tak tahu nak cerita pasal apa sebab perasaan tengah bercampur aduk sekarang ni. Banyak sangat benda jadi sejak masuk sem baru ni. padahal baru je 2 minggu kot. rasa sangat tak keruan.


Start je sem, meeting pun start. Boleh kata 4 or 5 kali dalam seminggu ada meeting. Short sem ni ambil 2 subject je tapi.. entahla. Rasa macam susah je nak dapatkan 4.0. Rasa macam useless gila. Rasa macam susah sangat nak adapt dengan responsibilities.

Nak drop or resign macam beberapa orang committee iTEC boleh je aku nak buat. Tapi tula. tanggungjawab aku bukan terletak dekat iTEC je. Tanggungjawab dekat SRC a.k.a MPP, tanggungjawab dekat pelajaran, tanggungjawab dekat family, kawan2 dan lain2 pun kena ambil kira jugak. Seriously rasa beban gila. Tapi kalau buat tak tahu je, memang confirm akan makan diri. Nak tak nak, kena kuatkan diri jugakla.



Tambah dengan apa yang jadi baru2 ni, dah 2 kali dah aku kena. First, kena last sem dengan lecturer. Memang direct depan muka dalam kelas, semua dengar. Memang sentap gila. Rasa macam takda kena mengena langsung. Cerita dekat kawan, mereka kata mungkin lecturer expect tinggi kot dekat aku tapi seriously aku tak dapat nak buat. Memangla prinsip aku "kalau orang lain boleh buat, kenapa aku tak boleh?". Tapi ada masa, kita kena sedar kemampuan diri. Bukan semua benda kita boleh expert. Tapi kalau melibatkan perkataan "commitment", ada yang kata tak dapat nak bagi commitment sedangkan tak dapat or sentuh or buat lagi kerja dengan tak terlibat dengan banyak benda, memang aku rasa nak lempang2 je orang tu. Pantang betul aku.

Second pulak tak kena direct dekat aku la tapi kena dekat seluruh organisasi. Memang aku dah blank dengan speechless gila time. Ya Allah.. bersalah gila aku rasa. Aku rasa macam tak buat kerja je. Memang malu+bersalah sangat2. Memang aku takleh nak bagi full commitment tapi aku akan cuba sebaik mungkin untuk buat kerja aku elok2.

Bila dah kena aim or berada dalam sesuatu organisasi, even benda kecik gila2 pun jadi isu. sorang buat salah, semua kena. Aku kena ubah personality aku. Aku taknak la orang cakap bila aku dah terlibat dengan SRC ni aku sombong walaupun memang sejak azali lagi aku memang macam tu. Entahla.. Yang aku tahu, dengan orang yang aku tak kenal memang aku sombong gila2.. Sekarang ni aku rasa aku dah banyak senyum. Alhamdulillah, berjaya jugak ubah diri sikit. Sekarang ni nak kena jadi friendly sikit, mimik muka kena betul kan sikit. kena kurangkan mimik "takda perasaan" (macam susah je nak buat), kena kurangkan panas baran, pakaian pun kena sopan. Tapi.. Yang bab kena sopan macam perempuan tu memang sah aku tak berjaya buat. Macam manala aku nak cari bakal suami kan bila perangai macam nie.. Haish..


Aku punya makan pun aku tak jaga sangat lagi2 time stress. Time stress je melantak tak hingat dunia. Time exam pun melantak tak hingat dunia. Apalah nak jadi. -.- Nasib aku terlibat dengan sport a.k.a Taekwondo. At least boleh la jaga kesihatan sikit. Kalau tak, memang tak terkejut kalau aku jadi badak. Cakap pasal sport, stamina aku memang sangat low dan aku takut sikit nak spar walaupun aku dah blue belt sekarang ni. Kawan aku macam nak kasi aku pelempang je dengan situasi aku yang malas macam nie.. 

Haish.. Memang aku rasa aku menyusahkan banyak orang. Tak tahu la macam mana aku nak lead orang kalau aku sendiri pun macam ni. Tapi alhamdulillah ketua2 aku memang boleh di harap dan aku respect dan bersyukur gila sebab jumpa mereka.

Masalah mematangkan diri dan menjadi guru kita dalam mengharungi hidup. Jadi, jangan mengeluh bila dugaan datang kepada kita kerana ramai lagi yang ada masalah yang lagi besar dari kita. Berhenti bergantung dekat orang lain, dan cari jalan sendiri untuk menyelesaikan masalah. Jangan lari dari masalah tetapi tempuhinya dengan tenang. :)

Terima kasih kerana membaca post saya yang panjang meleret..