My Little wings!
Master of Revup 2012 #throwback
Friday, May 09, 2014 | 10:58 PM | 0 comments

Assalamualaikum..

Eh? Apasal tajuk 2012? *tengok kalendar* bukan sekarang 2014? hahaha.. nampak tak di situ? #throwback hahaha

Okay. Kalau nak cerita balik dari A ke Z, memang tak ingatlah ceritanya. Jadi just nak cerita sikit je. Dalam post sebelum ni kan aku ada bagitahu yang event last yang aku involve dalam IIC adalah event ni. Macam biasa directornya semestinya Firdaus Jamil. Segala pembentangan idea dia yang uruskan sebab time tu aku sibuk dengan event lain jadi memang tak ikut sekali lah. Idea event kami tercalon dalam top 16.  Sebenarnya event nie event IPT.

Okay tanpa membebel panjang, bulan 12 tahun 2012 adalah masa untuk keputusan.. Setelah di jemput, dan ada lah tentative nya kan. mana boleh masuk2 je terus result. iya dak? hahaha.. sebenarnya adalah spoiler di situ bila ada persembahan dari 3 uni/kolej. sebenarnya nak bagitahu itu top 3. tapi kami tak tahu pun. Si daus tahu bukan nak bagitahu. siot je. aktiviti2 lain seperti menari, catwalk (“⌒∇⌒”) *memang tak lupa sebab aku yang catwalk kat depan. ahaks*, dan lain2 lah..





Okay taknak cerita panjang. Rasa tengok gambar pun dah tahukan yang kami menang undian facebook terbanyak dan event kami menang tempat pertama! oh yea! Sangat terharu sebab itu last event dekat iic kan. Bila dapat, memang rasa ohsem gila.. ahaks.


Setelah segala penat lelah, pergaduhan, perselisihan paham, bantahan demi untuk menjayakan event.. Akhirnya, dengan bantuan Allah, kami berjaya.  (❣◕ ‿ ◕❣)

Okay sampai sini saja. Nantikan #throwback yang lain pulak ye.. hihihi
Come back post
Thursday, May 08, 2014 | 3:08 PM | 0 comments

Assalamualaikum, hello and good afternoon..

Fuuhh.. It has been over one year I didn't update my blog. See how busy and lazy I am? Okay just ignore this kind of excuses from me. haha.. I got nothing to do in office actually and I decided to see my on blog. And oh boy.. How I missed all of those memories that was written here.

What I noticed, I blog a lot during my school times because I haven't use twitter at that time.. And yeah.. I tweet a lot when I'm happy, sad, mad and etc.. It's a private account, that's why I'm meroyan too much.. xD But somehow, even if you missed your own thought, it would be a bit hard to scroll scroll and scroll to read all of it right? I mean, I tweet like more than 35k already!! ahaks.. And it did not has full story in it.

So that is why I decide to blog again.. To be able to read it when I'm old and smile on my own. haha. Ya know.. I'm not going to blog all the things that is on my mind in one post. Oh yea.. And to mention, I'm not going to mix up languages like I used to do but I'll write down properly. I'LL TRY!!

So get ready to read my fully english writing post and malay writing post from me.. okay maybe one or two sentence(s) will have some other language..

AND THIS IS MY COME BACK POST! ADIOS!!
Blowing The Dust Away
Thursday, April 04, 2013 | 9:56 AM | 0 comments

Assalamualaikum and Good Morning... *winkwink* hehe.. (n.n)

When was my last update? Last year right? hihi.. sorry lah. I'm so lazy to write. But for this post, it will be boring so just skip it lah. Not going to tell much. 

I just finish my practical training on late January so oh yeah baby! Freedom from coding!! haha.. It really stress you know. There was nothing at all for me to learn at that company. I think maybe it'll be better if I just do home based project. -.- So.. I know already that the coding that I used to love so much is not as easy as the one that I learned. Even though I did score on my programming during class, but in real life, it can't even be used.. It deserve to be thrown into the dustbin *if only the system is a hardware lah. haha* But the only language that I learned were C++, HTML, PHP and Java only. It not much but yeah.. stress.. In the future I can just use coding for fun jela. Not as a career.. hehe.. (n.n)
 
yea.. This is java..

Oh.. I will be waiting for my result on mid April. So pray for me to get DL again. I can't afford to drop my CGPA again.. 


You know, once my practical ended, the next month (February) I started to train Taekwondo trice as much as I train this pass 3 years. Thank you my friend for invited me to train there. Now my sparring is better than before. :) But not to forget, the first day I trained there, by body was really aching and I can't walk properly. It took 3 days for me to heal. hahaha.. But now no more. hihi.. 

Yeah I'm getting better at higher kicking. - This one is call dower kick for GTF and chopping for WTF.

For one month after my practical ended, I started to work at printing company. Not in IT field but admin. Pretty much lari bidang kan? harhar.. Nothing much for me to do here actually. Just key in some data, take care of order from Ambank, answering call and others. Not that stressful lah. But quite tiring because of sitting too much. hihi..

Hmm.. That's all I guess. Dunno what to crap here anymore. Cya! (^w^)
Experience *edit*
Friday, December 07, 2012 | 1:49 PM | 0 comments

Salam semua. Sorry lah lama tak mengupdate belog nie. Dah penuh dengan sawang labah2 dan segala debu dan habuk.. *lap sikit* Line internet takda, so agak malas la sangat nak mem-belog-ing nya. Hehe. Last update pasal camping kan? So sekarang nie aku dah last sem. Tunggu masa je nak practical.

Well.. Dah2 last sem nie, banyak benda terjadi kan. So nak cerita lah sikit pengalaman yang dapat walaupun takla seberapa. Kt cerita tahun nie punya jela. Tahun nie punya pun, kira2 yang ingat ada lah dalam 13 event lebih jugak aku join a.k.a handle. Yang tahun sebelum2 nie rasanya dah belog-ing dah dalam post2 yang lepas. Ala.. Sikit je.. takyah tahu pun takpe. Hehe..

Tahun nie aku tak tahulah bernasib baik ke bernasib malang. Sebab diberi tanggungjawab untuk memegang 2 jawatan. Well. Biasalahkan. Bila dah join koko dari sekolah, even dekat kolej pun kalau belajar 24/7 memang lah bosan nak mampus kan. So lepas je letak jawatan untuk CEO List Club (CLC) yang untuk budak DL je *poyo kejap* rasa macam empty gila life dekat kolej nie.

So bermulalah pengembaraannya dengan meng-approach encik Firdaus Jamil awal tahun tu untuk buat kelab IT. Bincang punya bincang segala hal pasal logo, committee, advisor, master plan dan segalanya, proposal untuk bina kelab muncul. Pastu nak approach madam Safwati pulak. Dahla time tu gerun gila dengan madam tu. Sebabnya tahun sebelum tu jadi wakil untuk CLC gi meeting dengan manager STADD baru and memang gaya madam tu ganas ow. Takut.. Ktorang approach madam dengan keadaan terketar2.. Hanya Allah je yang tahu perasaan ktorg. Haha. First ofcosla kena reject kan. Tapi tak mengalah tu. Time cuti sem pun ktorang datang jugak. Nasib rumah dekat. Time jumpa madam tu, madam cakap dia baru je reject 20 proposal. Memangla ktorg da terketar gila. Tapi last2 Alhamdulillah Information Technology Club (iTEC) pun terbinanya pada 14 Februari 2012 dan bermulalah tanggungjawab aku sebagai Vice President..

Time opening ceremony tak jalan lagi, adalah meeting untuk perlantikan SRC a.k.a MPP baru. Pres dgn VP kena pergi jugak. Lepas je sesi pengenalan dengan semua hadirin dan hadirat di situ, SRC yang lain semua dah di pilih dan madam cakap dia tak puas hati dengan candidate lain so dia pilih 3 orang VP untuk jd SRC. Time tu poyo dan confident je cakap dengan daus takkan terpilih punya. Kt kelab baru lagi. Sekali madam sebut nama aku, habis terkejut beruk dekat situ. Terus termenangis sebab stress *nie belum buat kerja lagi*. Dah ternganga ngan blank. Sehari suntuk macam orang tak betul je.. Dah la dapat jawatan assistance exco business & entrepreneurship. Lemah semangat den pasal business nie. Daus dah awal2 cakap tak bagi aku letak jawatan. Lepas tu gi jumpa madam. Tanya kenapa dia pilih aku. Lepas tu madam cakapla dia observe dari awal. Bangga kejap dekat situ. Ahaha. Lepas cakap yang aku tak confident boleh bawak 2 jawatan, madam cakapla kalau dia boleh kenapa orang lain tak boleh. Perkataan tu la yang aku pegang sampai sekarang


  
Mula2 malas gila nak duduk bilik SRC tu. Macam takde function je. Bila dah ada meeting boleh kata tiap minggu dengan kewajiban mengisi buku log tu, melekat lah aku dekat situ. So tiap exco kena buat master plan dengan proposal lengkap untuk 5 event. Memang jenuhla nak buat lagi2 bahagian budget. Siap ditanya oleh madam lagi boleh ke jalan time yang diletak tu. Agak tension la jugakkan..

Committee untuk iTEC tak cukup jd ktorg buatla interview untuk beberapa orang lagi. Lepas tu terus ke opening ceremony. Tak ler buat keje banyak mana. Daus letak nama aku celah committee mana pun aku tak tahu. Yang tahu jadi MC je. Speech dalam English tu.. Siap practice lagi tu tapi orang yang tengoknya hanya seciput je. Sedih gila. Lepas tu, ada bengkel induksi untuk committee2 iTEC bersama SRM. Yang nie pun aku tak tahu jadi apa. Cuma tahu gi beli barang untuk sediakan makanan untuk mereka2 ini.


Masalah bermula bila startnya aku jadi Director untuk event video editing competition untuk iTEC. Event kena postponed la sebab hall guna untuk exam. Committee resign la. Takda sambutanlah sampai terpaksa buat free je event tu. Nak kena buat video tuk promotion lagi.. Haish.  Memang sakit kepala. Lagi2 event nie terpaksa buat sehari sebelum event SRC iaitu Club Carnival. Dah la aku jadi Asst Director tuk event tu. Nasib tak jadi gila time tu. Tapi memang exhausted gilalah. ahaha.. Jadi start je dari situ, dah boleh tahu sama ada diaorg nie reti buat keje ke tak. Kawan tak kawan. 

Dah jadi SRC nie, tiap exco kena jaga kelab2 angkat lah kononnya kan. Nasib aku jaga kelab yang memang kenal. iTEC, M&S dengan AC. Memang rasa banyak gila meeting 1 minggu tu kena attend. Meeting club2 angkat lagi. Dah la kena buat report sekali.. Le sigh. Rasa macam tak betul je. Tapi time meeting2 tu la time aku buat muka tebal menyebuk dalam meeting diaorg tanya and bagi idea. Dan start dari situlah ktorang makin rapat. :)




Lepas tu pulak dekat2 nak final exam time short sem tu, ujai approach aku tuk jd MC tuk event dia. Grooming. Bila dah dapat tentative last minute, speech pun baru buat. Jadi tak berapa nak prepare. Dah sebab terbiasa sangat present dengan segala kerja lain dalam kolej tu guna English, bila kena buat dalam bahasa melayu, takut tatabahasa berterabur je. Tak nervous taw tapi asyik salah sebut je. Konon slang Englishla kan. Ahaha.. Malu je depan mereka semua tapi buat jela muka tebal.

Rasanya ktorang rilex sikitlah sebelum OneTouch Camping tu. Dah cite kan? Haa so malas nak cite lagi. Haha. Lepas je event 4 hari 3 malam bagi ktorg, esoknya ada sport carnival. Nasib aku punya keje hanya prepare hadiah je. Takdalah penat sangat. Time event tu just turun tengok je. Hewhew.. 




Lepas tu start puasa. Time puasa nie ada 2 event. Tak ingatlah singgah sahur dulu ke iftar OneTouch dulu. Tahu2 lah kan time bulan puasa cemana kejenya kan. Mestilah malam. Untuk singgah sahur, ktorang prepare makanan dari.. Boleh kata petang lagilah tapi aku sampai malam dekat rumah Aina. Hehe. Boleh kata dalam pukul 12 malam macam tu, makanan diedarkan ke hostel2. Selesai je edarkan dekat rumah2 yang dipilih, last sekali ktrorg sahur sekali dengan housemate Mira. Rasanya time tu pukul 2 lebih kot. Takpe. Makan awal. Semua dah lalok2 macam tak betul je. Haha. Untuk iftar OneTouch pulak, preparation dari pagi. Kemas2 dewan, gi rumah Ida ambik barang. Tunggu peserta dan makanan, sampai committee semua boleh kata tak berbuka puasa sebab makanan tak cukup. Makan free kan, so pesertanya memangla belambak. Lepas je berbuka, hanya peserta OneTouch yang nak ambik sijil diaorg je yang stay. Yang lain bla. Kurang asam betul. Time tu aku head untuk preparation. Memang mengigilla badan kan sebab tak makan. Just minum je. Bukan aku sorang je. Dengan kemas dewan sampai ke pukul 12 lbh. Balik rumah makan sikit terus tdo. Ahaha.. 

Lepas je cuti raya dan jugak cuti mid term walaupun tade midterm, ada lagi event nak kena kejar. Convest dengan program Raya. Dahla ktorg kena datang seminggu awal. Orang lain syok2 cuti, ktorg kena buat kerja. Tapi yang tak datang pun, kena buat kerja jarak jauh jugak. Kesian zizi time tu kena paksa dengan ktorg tuk siapkan boleh kata semua event punya poster, banner dan banting. Nasib dia tak gila lagi. Ahaha.. Yang start dulu program Raya tapi kena awal kan sebab macam biasalah. Hall guna kan. Tuk event nie aku committee untuk sponsorship tapi macam takde function je. Sorryla aku memang tak suka kerja sponsor nie. Taktaw nak cari celah mana. So nak ‘ganti’ balik kerja tak buat, buatla kerja lain yang mana yang perlu. Lepas beberapa hari, convest pulak start. Tuk aku, aku handle mass aerobic. Well. Antara semua2 event convest, aku rasa aku punya lah yang relax. Nak kata relax, bagi aku, ahza dengan zizi takla. Cuma committee2 yang lain jela. =_= Bila dah event macam nie jalan dekat kolej, memang tak sah kalau takda tentangan lagi2 dari SOSS ngan budak2 DIC. Pekakkan jela telinga tu. Memang takleh nak buat apa. Mulut orang kan. Nak salahkan diaorang pun, aku sendiri pun rasa aerobic tu macam sexy jugakla dia punya aerobic tu.. hehe.. 

  
Lepas tu pulak ada program yang aku dah lama bincang dengan kelab2 angkat aku tu. Antara semua2 program, yang nie la program yang paling besar yang aku pernah handle. A day With Expert dimana 3 penceramah dijemput dan anggaran budget setelah di potong2 menjadi 2k. Memang banyak gila masalah walaupun jarak preparation dengan hari kejadian tu nak dekat2 sebulan. Speaker nie takleh nak datang time nie, kena tukar tarikh nak kena inform speaker lain pulak dan yang sebaliknya.. Tapi yang paling gila tu ofcosla bahagian budget.. Manalah aku nak cekau duit. Nasib STADD sponsor 1.2k. Pergh.. Terbaiklah madam. Lepas boleh kata segala kerja yang dibuat yang memerlukan aku menebalkan muka pergi tiap department dan segala perbelanjaan terpaksa di cut yang memang betul2 cut, akhirnya dapatla jugak achieved target peserta dengan ilmu yang berguna kepada mereka. :) Tuk program rekreasi tu aku tak dapat join sebab kena pergi ibadah camp. Tapi takpa. Aku takda pun program tu berjalan dengan lancar. Committee lain kan ada. :)

 
 Dan last sekali adalah program IIC Rev Up Bungee Futsal Challenge 2012. Program nie buat time nak dekat2 final kan so kelas yang tak ginya dan segala bagai lagi. Tuk program nie memang segala kerja boleh kata director dengan assistance dia lah banyak buat. Nie tuk bahagian planning baru. Tuk event nie aku sebagai secretary dan jugak head untuk VIP, Media & crowd. Aku rasa aku tak jaga pun crowd. Ahaha. Tapi memang gila betul. Sham serahkan dekat aku untuk berurusan dengan VIP. Wakie Talkie berbunyi, nak kena terkejar2 ke kawasan tersebut.. Memangla aku lari sana sini. Dah la salah pakai kasut. Memang cramp gila kaki. Dengan tak sentuh makanan sehari suntuk. Lemah gila rasa badan. Nasib stamina aku boleh tahan lah jugak time tu lepas training yang dibuat semata2 untuk grading kan. Hoho.. 

Kalau ikotkan ada lagi 2 event lepas nie. malam penyampaian hadiah untuk revive dengan AGM.Cakap pasal AGM nie, pelapis tak cari lagi. Hmm. Nantilah bincang dengan Daus. Get ready ye adik2 yang berminat tu. Interview akan dikenakan kepada anda. hoho..

So kira2 semua dah 13 event. Memang gila aktif aku rasa tahun nie. Dan macam2 yang aku rasa. Dengan masa event yang nak dekat dengan exam, ke-bankrupt-an.. Kena perli dengan lecturer depan kelas time present(memang sentap gila), kena peril lagi dengan lecturer dalam bilik lecturer(semua lecturer tengok kot. Malu gila). Dengan quiz, presentation dengan lab test pun buat lambat. Memang banyak gila benda rasa nak naik marah. Tapi pengalaman mematangkan diri.. Ceh.. ayat..


Masa mula2, memang perangai aku teruk sangat. Aku tak ambik peduli sangat perasaan orang nie. Yang tahu, keje siap. Menipulah kan kalau tak gaduh time buat kerja tu. Lama2, dah start fikir. Kalau aku buat macam tu, nanti orang buat dekat aku, aku pun marah kan.. hehe.. Aku dengan Daus start dari bawah. Aku start dengan CLC jadi exco career ngan daus pulak dari srm. Dalam tempoh setahun tu jugak ktorang belajar dengar arahan, buat kerja ikot waktu yang diberi. So bila naik je jadi VP dgn SRC nie, dah boleh tolerance dengan orang. Sebab kt pernah berada di bawah so kt tahu macam mana kerja tu. Kt dah boleh buat semua. Itu apa yang aku belajar. Bukan hanya tahu mengarah tapi tak tahu buat kerja. Memang banyak yang aku tengok sekarang nie. Jadi campakla aku dekat mana2 pun, aku boleh survive cuma ambik masa jela nak adapt kan. Memang aku seorang yang agak garang, tapi garang aku bersebab. Aku taknak anak2 buah aku free2 je masuk kelab tapi tak dapat pape.

Bila dah ada jawatan atasan nie, standardla mengarah orang buat keje kan. Aku kalau dah sekali dua suruh buat keje, kalau tak buat jugak memang aku menyampah. So ambik keputusan buat sendiri. Lagi senang. Dalam hati dah macam “lantak korangla. Aku yang dapat pengalaman.  Korang yang rugi”. Ceh. Ayat gila gelabah kan? Ahaha.. Tapi itulah aku dengan Daus punya perangai. Alhamdulillah walaupun ktorang memang busy memajang tahun nie, ktorang still DL. Well, tipulah kan kalau aku kata pointer tak jatuh. Memang tahun nie pointer aku jatuh. Memang jatuh sikit tapi impak dia memang besar walaupun CGPA still tinggi. 

Itu yang aku paling menyampah bila orang yang takda benda sangat nak buat takleh nak perform. Ingat apa? Aku yang dari pagi gi kelas, belajar dengan lead every task.. Dengan programnya lagi dengan time malam kena tolong mak kat kedai memangla leisure kan hidup? Daus yang dengan kerja nya lagi boleh je perform dalam study kenapa yang lain tak boleh. Cuma nak atau taknak je pilihan kt. So semua dah besar, pandai2 lah fikir. Memang benda nie rasa macam takda pekdahnya, tapi aku rasa ia akan memudahkan korang di masa hadapan. Macam mana aku hantar sekali je resume tuk practical terus dapat walaupun first kena reject tapi dipilih balik, dan macam mana jugakla kawan aku yang cgpa hampir sama dengan aku asyik direject je. Jadi pandai2 lah. Bukan nak berlagak, tapi nak bagi tahu kebaikan yang korang tak nampak. Aku harap time practical nanti aku boleh survive lah. Bukan nak kata tak boleh nak have fun, tapi ada masanya. Sampai sini jela aku bebel. Jenuh dah menaip. Haha.. Thanks for reading. :) 
 


    
OneTouch Camping
Wednesday, August 01, 2012 | 10:42 PM | 0 comments

Assalamualaikum dan selamat petang. :)

Hallo semua?? Lama tak berblogging nie.. Rindu tak? Tak? oh okay fine! ahahaha.. gedik sebentar.. Okaylah. Sebenarnya event nie da lepas beberapa minggu tapi sebab malas kan. So tu yang sekarang baru update. Tapi.. Takmo type banyak2, just sikit explanation je sebab tahu sangat korang maleh nak baca. kan? hahaha..

Program : OneTouch Camping
Tempat : Ontok ontok Spa & Resort, Batang Kali, Hulu Selangor
Tarikh/Hari : 13 - 15 Julai 2012.. (12 Julai untuk barisan fasilitator sahaja)

 Bahan yang diprepare oleh camp commandant dan beberapa fasi pada pagi 12hb..

 Bersiap sedia untuk kesana


Training of Trainers (12 Julai 2012)

Ktorang bertiga (Daus, kak Nurul dan saya) datang lambat sikit dari yang lain. Sampai2 je terus kena tanya soalan. Memang aku ternganga la dekat situ. Pastu kena pasang khemah dan mereka masak untuk makan tengahari..

 1st time tu aku pasang khemah. xD

Nie kes tak bawak kepala bunsen burner tu, so terpaksalah nyalakan api sendiri.

Masa tu ktorang takdala buat banyak benda sangat tapi ada banyakla jugak benda belajar. Ktorang kena dulu nightwalk sebelum peserta. Tapi ktorang kena solo walk dengan solo drop. Peserta tak pun. Tak adil! haha. Bila semua dah berada di tempat yang di campak drop, rasanya start dari Syakir, Daus, Alif, kak Nurul dengan kt tdo kat situ. pergh!! terbaik!! Lepas je balik dalam pukul 4 pagi, hanya beberapa orang mandi dan kami prepare barang2 yang nak digunakan pada esoknya.

Potong dan masukkan tag je pun.. hihi..

Balut hampers. :)


Day 1 for participants (13 Julai 2012)

Semua fasi dan camp comm memang  tdo agak tak cukupla. Tapi pe boleh buat. terpaksalah bangun. Tapi bas sampai agak lewat disebabkan sesat dan kalau tahu baik aku sambung tdo. ahaha.. Peserta sampai je, kerja kami pun berjalan. :)

Semua muka mengantok! ahaha

Lepas je mereka semua kumpul, tak silap mereka gi sembahyang dulu. Pastu baru semua naikkan khemah masing2..

Dirikan khemah masing2.. :)

 Bergambar sat.. Sebahagian dari barisan fasilitator, camp comm dan urusetia

Lepas tu semua masuk dewan dan proses pembahagian kumpulan dan juga ice breaking di jalankan.. Sebelum kem start, adalah cakap kat committee semua nie sapalah nak pilih kt sebagai fasi kan.. Ceh! ayat touching! Tapi first dipilih tuu! yahoo!! bangga tu.. xD.. Jadi bermulalah saya sebagai fasilitator kumpulan 1. ;)

Okay let cut it short.. Petang tu ada group discussion lead by abang Mus tak silap lepas tu malam tu lepas LDK (reka logo group dan radio rosak), mereka semua pergi night walk pulak. Yang ktorang nie kenalah prepare dekat check point masing2.. Ktorang (Arif, Daus dan saya) dapat checkpoint yang ke3 terakhir so time menunggu tu memang agak bosanlah jugak. Adalah jugak tertdo. Daus memang tdo mati pun selama 2 jam. Sementara menunggu setiap group tu, memang banyak benda gila aku ngan Arif buat dalam hutan tu. Macam2 fikir nak kenakan mereka. Tapi tak jadi.. Buat penat je.. Mentang2 jalan dalam group. huh.. Yang time last group je terkena. Nie kes ktorg da give up tu. xD

Menunggu peserta lain masa nightwalk. Kesian mereka ngantok..

14 Julai 2012

Pagi tu ada morning PT tapi disebabkan fasinya keletihan sebab tdo pukul 5 lebih, pagi tu hanya Syakir je kot yang uruskan. Lepas je morning PT, ktorang start dengan sport.. :) Ada 4 checkpoint. Checkpoint 1 bonding. 2 ngan 4 jabatan kertas dengan bangunan straw. Checkpoint 3 pulak traffic jam. Tapi yang pasti checkpoint saya (3) yang paling susah. Sorry guys.. Tanda tangan saya mahal. :p

Bangunan Straw

Bonding

Traffic Jam

Penalty sebab tak dapat selesaikan traffic jam. xD

Tepuk sorak dekat jabatan kertas

Lepas je sport, mereka rehat dan makan kejap tak silap. Time tu ktorang pakat dengan madam nak kenakan abang mus. Belated birthday dia kan? Patutnya lepas nightwalk ktorang tapi sebab postmortem dan yang lain pun da tdo, so tundalah pada hari nie.


 Lepas tu semua prepare untuk jungle tracking a.k.a explorace.. Dekat sini ktorang ambil masa terlalu lama sebab first group 1 dgn 5 kot tak silap sesat sebelum tiba dekat checkpoint 1. Lepas tu group 2 dengan 3 sesat berjam2 sebelum checkpoint 3. Kesianla jugak dekat mereka. Dahla tak sempat nak makan. Semua tengok  macam trauma je. Yang lain2 semua dah sampai ke air terjun dan bersuka ria. Dahla jalan nak balik resort memang pergh.. Jauh gila..

Sebelum gerak ke checkpoint masing2. Yellow for fasi and maroon for urusetia.

Air terjun. :)

Malam tu pulak ada malam kebudayaan. Tapi ramai giila yang cedera dan penat tapi nak taknak semua kena berlakon. Tapi group 3 terpaksa tarik diri sebab ramai group members yang sakit.

Sementara menunggu juri, kami main break hands clap dulu. :)

Barisan juri

Best group masa malam kebudayaan (Kumpulan lilin)

Hari tu peserta tdo awalla jugak. Dalam pukul 12.

15 Julai 2012

Pagi tu macam biasa ada morning PT. Lepas je, ada aktiviti redah sungai.(sorry takda gambar). 1st checkpoint diaorang kena terapung. Pastu nak sampai checkpoint yang kt jaga (trust fall), dah jam da sebab saya sangat kejam takmo bagi mereka lepas. ahaha.. Pastu mereka kena lalu laser. Serious yang tak reti berenang memang akan terapung tak bergerak2.. hahaha.. Pastu yang last tu tak taw namanya pe tapi first kena tepuk sorak dalam air pastu jalan kat air. Jalan memula elok je. Pastu tenggelam. =_= 

Semua dah tukar baju, masuk dalam dewan tuk closing ceremony dengan sesi photography.


Sesi photography

Kumpulan 1 (Lilin) - Fasi = Hudha :)

Kumpulan 2 (Watch) - Fasi = Shiera.

Kumpulan 3 (Tayar) - Fasi = Amin

Kumpulan 4 (Gadget) - Fasi = Lala

Kumpulan 5 (Radio) - Fasi = Syakir

Kumpulan 6 (Botol Susu) - Fasi = Ila

Kumpulan 7 (Kring-kring) - Fasi = Daus

Kumpulan 8 (Penyapu) - Fasi = Alif

Pemarkahan. :)

Tetamu undangan (Lecturers)

Camp Commandant

Fasilitator

Urusetia

Selesai je sesi photography, sesi mengemas bermula.




Dalam bas.

Berakhirlah OneTouch Camping pada pukul 8 lebih.

Okay selesai saja post kali ini.. Nantikan minggu hadapan insyaAllah post untuk iftar pulak. :) Thanks for reading!!