Experience *edit*
Friday, December 07, 2012 | 1:49 PM | 0 comments
Salam semua. Sorry lah lama tak mengupdate belog nie. Dah
penuh dengan sawang labah2 dan segala debu dan habuk.. *lap sikit* Line
internet takda, so agak malas la sangat nak mem-belog-ing nya. Hehe. Last
update pasal camping kan? So sekarang nie aku dah last sem. Tunggu masa je nak
practical.
Well.. Dah2 last sem nie, banyak benda terjadi kan. So nak
cerita lah sikit pengalaman yang dapat walaupun takla seberapa. Kt cerita tahun
nie punya jela. Tahun nie punya pun, kira2 yang ingat ada lah dalam 13 event lebih
jugak aku join a.k.a handle. Yang tahun sebelum2 nie rasanya dah belog-ing dah
dalam post2 yang lepas. Ala.. Sikit je.. takyah tahu pun takpe. Hehe..
Tahun nie aku tak tahulah bernasib baik ke bernasib malang.
Sebab diberi tanggungjawab untuk memegang 2 jawatan. Well. Biasalahkan. Bila
dah join koko dari sekolah, even dekat kolej pun kalau belajar 24/7 memang lah
bosan nak mampus kan. So lepas je letak jawatan untuk CEO List Club (CLC) yang
untuk budak DL je *poyo kejap* rasa macam empty gila life dekat kolej nie.
So bermulalah pengembaraannya dengan meng-approach encik
Firdaus Jamil awal tahun tu untuk buat kelab IT. Bincang punya bincang segala
hal pasal logo, committee, advisor, master plan dan segalanya, proposal untuk
bina kelab muncul. Pastu nak approach madam Safwati pulak. Dahla time tu gerun
gila dengan madam tu. Sebabnya tahun sebelum tu jadi wakil untuk CLC gi meeting
dengan manager STADD baru and memang gaya madam tu ganas ow. Takut.. Ktorang
approach madam dengan keadaan terketar2.. Hanya Allah je yang tahu perasaan
ktorg. Haha. First ofcosla kena reject kan. Tapi tak mengalah tu. Time cuti sem
pun ktorang datang jugak. Nasib rumah dekat. Time jumpa madam tu, madam cakap
dia baru je reject 20 proposal. Memangla ktorg da terketar gila. Tapi last2
Alhamdulillah Information Technology Club (iTEC) pun terbinanya pada 14
Februari 2012 dan bermulalah tanggungjawab aku sebagai Vice President..
Time opening ceremony tak jalan lagi, adalah meeting untuk
perlantikan SRC a.k.a MPP baru. Pres dgn VP kena pergi jugak. Lepas je sesi
pengenalan dengan semua hadirin dan hadirat di situ, SRC yang lain semua dah di
pilih dan madam cakap dia tak puas hati dengan candidate lain so dia pilih 3
orang VP untuk jd SRC. Time tu poyo dan confident je cakap dengan daus takkan
terpilih punya. Kt kelab baru lagi. Sekali madam sebut nama aku, habis terkejut
beruk dekat situ. Terus termenangis sebab stress *nie belum buat kerja lagi*.
Dah ternganga ngan blank. Sehari suntuk macam orang tak betul je.. Dah
la dapat
jawatan assistance exco business & entrepreneurship. Lemah
semangat den
pasal business nie. Daus dah awal2 cakap tak bagi aku letak jawatan.
Lepas tu gi jumpa madam. Tanya kenapa dia pilih aku. Lepas tu madam
cakapla dia observe dari awal. Bangga kejap dekat situ. Ahaha. Lepas
cakap yang aku tak confident boleh bawak 2 jawatan, madam cakapla kalau
dia boleh kenapa orang lain tak boleh. Perkataan tu la yang aku pegang
sampai sekarang
Mula2 malas gila nak duduk bilik SRC tu. Macam takde function
je. Bila dah ada meeting boleh kata tiap minggu dengan kewajiban mengisi buku
log tu, melekat lah aku dekat situ. So tiap exco kena buat master plan dengan
proposal lengkap untuk 5 event. Memang jenuhla nak buat lagi2 bahagian budget.
Siap ditanya oleh madam lagi boleh ke jalan time yang diletak tu. Agak tension la
jugakkan..
Committee untuk iTEC tak cukup jd ktorg buatla interview untuk
beberapa orang lagi. Lepas tu terus ke opening ceremony. Tak ler buat keje
banyak mana. Daus letak nama aku celah committee mana pun aku tak tahu. Yang
tahu jadi MC je. Speech dalam English tu.. Siap practice lagi tu tapi orang
yang tengoknya hanya seciput je. Sedih gila. Lepas tu,
ada bengkel induksi untuk committee2 iTEC bersama SRM. Yang nie pun aku tak
tahu jadi apa. Cuma tahu gi beli barang untuk sediakan makanan untuk mereka2
ini.
Masalah bermula bila startnya aku jadi Director untuk event
video editing competition untuk iTEC. Event kena postponed la sebab hall guna
untuk exam. Committee resign la. Takda sambutanlah sampai terpaksa buat free je
event tu. Nak kena buat video tuk promotion lagi.. Haish. Memang sakit kepala. Lagi2 event nie terpaksa
buat sehari sebelum event SRC iaitu Club Carnival. Dah la aku jadi Asst
Director tuk event tu. Nasib tak jadi gila time tu. Tapi memang exhausted
gilalah. ahaha.. Jadi start je dari situ, dah boleh tahu sama ada diaorg nie
reti buat keje ke tak. Kawan tak kawan.
Dah jadi SRC nie, tiap exco kena jaga kelab2 angkat lah
kononnya kan. Nasib aku jaga kelab yang memang kenal. iTEC, M&S dengan AC.
Memang rasa banyak gila meeting 1 minggu tu kena attend. Meeting club2 angkat
lagi. Dah la kena buat report sekali.. Le sigh. Rasa macam tak betul je. Tapi
time meeting2 tu la time aku buat muka tebal menyebuk dalam meeting diaorg
tanya and bagi idea. Dan start dari situlah ktorang makin rapat. :)
Lepas tu pulak dekat2 nak final exam time short sem tu, ujai
approach aku tuk jd MC tuk event dia. Grooming. Bila dah dapat tentative last
minute, speech pun baru buat. Jadi tak berapa nak prepare. Dah sebab terbiasa
sangat present dengan segala kerja lain dalam kolej tu guna English, bila kena
buat dalam bahasa melayu, takut tatabahasa berterabur je. Tak nervous taw tapi
asyik salah sebut je. Konon slang Englishla kan. Ahaha.. Malu je depan mereka
semua tapi buat jela muka tebal.
Rasanya ktorang rilex sikitlah sebelum OneTouch Camping tu.
Dah cite kan? Haa so malas nak cite lagi. Haha. Lepas je event 4 hari 3 malam
bagi ktorg, esoknya ada sport carnival. Nasib aku punya keje hanya prepare
hadiah je. Takdalah penat sangat. Time event tu just turun tengok je. Hewhew..
Lepas tu start puasa. Time puasa nie ada 2 event. Tak
ingatlah singgah sahur dulu ke iftar OneTouch dulu. Tahu2 lah kan time bulan
puasa cemana kejenya kan. Mestilah malam. Untuk singgah sahur, ktorang prepare
makanan dari.. Boleh kata petang lagilah tapi aku sampai malam dekat rumah
Aina. Hehe. Boleh kata dalam pukul 12 malam macam tu, makanan diedarkan ke
hostel2. Selesai je edarkan dekat rumah2 yang dipilih, last sekali ktrorg sahur
sekali dengan housemate Mira. Rasanya time tu pukul 2 lebih kot. Takpe. Makan
awal. Semua dah lalok2 macam tak betul je. Haha. Untuk iftar OneTouch pulak,
preparation dari pagi. Kemas2 dewan, gi rumah Ida ambik barang. Tunggu peserta
dan makanan, sampai committee semua boleh kata tak berbuka puasa sebab makanan
tak cukup. Makan free kan, so pesertanya memangla belambak. Lepas je berbuka,
hanya peserta OneTouch yang nak ambik sijil diaorg je yang stay. Yang lain bla.
Kurang asam betul. Time tu aku head untuk preparation. Memang mengigilla badan
kan sebab tak makan. Just minum je. Bukan aku sorang je. Dengan kemas dewan
sampai ke pukul 12 lbh. Balik rumah makan sikit terus tdo. Ahaha..
Lepas je cuti raya dan jugak cuti mid term walaupun tade
midterm, ada lagi event nak kena kejar. Convest dengan program Raya. Dahla
ktorg kena datang seminggu awal. Orang lain syok2 cuti, ktorg kena buat kerja. Tapi
yang tak datang pun, kena buat kerja jarak jauh jugak. Kesian zizi time tu kena
paksa dengan ktorg tuk siapkan boleh kata semua event punya poster, banner dan
banting. Nasib dia tak gila lagi. Ahaha.. Yang start dulu program Raya tapi
kena awal kan sebab macam biasalah. Hall guna kan. Tuk event nie aku committee
untuk sponsorship tapi macam takde function je. Sorryla aku memang tak suka
kerja sponsor nie. Taktaw nak cari celah mana. So nak ‘ganti’ balik kerja tak
buat, buatla kerja lain yang mana yang perlu. Lepas beberapa hari, convest
pulak start. Tuk aku, aku handle mass aerobic. Well. Antara semua2 event
convest, aku rasa aku punya lah yang relax. Nak kata relax, bagi aku, ahza
dengan zizi takla. Cuma committee2 yang lain jela. =_= Bila dah event macam nie
jalan dekat kolej, memang tak sah kalau takda tentangan lagi2 dari SOSS ngan
budak2 DIC. Pekakkan jela telinga tu. Memang takleh nak buat apa. Mulut orang
kan. Nak salahkan diaorang pun, aku sendiri pun rasa aerobic tu macam sexy
jugakla dia punya aerobic tu.. hehe..
Lepas tu pulak ada program yang aku dah lama bincang dengan kelab2 angkat aku tu. Antara semua2 program, yang nie la program yang paling besar yang aku pernah handle. A day With Expert dimana 3 penceramah dijemput dan anggaran budget setelah di potong2 menjadi 2k. Memang banyak gila masalah walaupun jarak preparation dengan hari kejadian tu nak dekat2 sebulan. Speaker nie takleh nak datang time nie, kena tukar tarikh nak kena inform speaker lain pulak dan yang sebaliknya.. Tapi yang paling gila tu ofcosla bahagian budget.. Manalah aku nak cekau duit. Nasib STADD sponsor 1.2k. Pergh.. Terbaiklah madam. Lepas boleh kata segala kerja yang dibuat yang memerlukan aku menebalkan muka pergi tiap department dan segala perbelanjaan terpaksa di cut yang memang betul2 cut, akhirnya dapatla jugak achieved target peserta dengan ilmu yang berguna kepada mereka. :) Tuk program rekreasi tu aku tak dapat join sebab kena pergi ibadah camp. Tapi takpa. Aku takda pun program tu berjalan dengan lancar. Committee lain kan ada. :)
Dan last sekali adalah program IIC Rev Up Bungee Futsal
Challenge 2012. Program nie buat time nak dekat2 final kan so kelas yang tak
ginya dan segala bagai lagi. Tuk program nie memang segala kerja boleh kata
director dengan assistance dia lah banyak buat. Nie tuk bahagian planning baru.
Tuk event nie aku sebagai secretary dan jugak head untuk VIP, Media &
crowd. Aku rasa aku tak jaga pun crowd. Ahaha. Tapi memang gila betul. Sham serahkan
dekat aku untuk berurusan dengan VIP. Wakie Talkie berbunyi, nak kena terkejar2
ke kawasan tersebut.. Memangla aku lari sana sini. Dah la salah pakai kasut.
Memang cramp gila kaki. Dengan tak sentuh makanan sehari suntuk. Lemah gila
rasa badan. Nasib stamina aku boleh tahan lah jugak time tu lepas training yang
dibuat semata2 untuk grading kan. Hoho..
Kalau ikotkan ada lagi 2 event lepas nie. malam penyampaian hadiah untuk revive dengan AGM.Cakap pasal AGM nie, pelapis tak cari lagi. Hmm. Nantilah bincang dengan Daus. Get ready ye adik2 yang berminat tu. Interview akan dikenakan kepada anda. hoho..
So kira2 semua dah 13 event. Memang gila aktif aku rasa tahun
nie. Dan macam2 yang aku rasa. Dengan masa event yang nak dekat dengan exam,
ke-bankrupt-an.. Kena perli dengan lecturer depan kelas time present(memang
sentap gila), kena peril lagi dengan lecturer dalam bilik lecturer(semua
lecturer tengok kot. Malu gila). Dengan quiz, presentation dengan lab test pun
buat lambat. Memang banyak gila benda rasa nak naik marah. Tapi pengalaman
mematangkan diri.. Ceh.. ayat..
Masa mula2, memang perangai
aku teruk sangat. Aku tak ambik peduli sangat perasaan orang nie. Yang tahu,
keje siap. Menipulah kan kalau tak gaduh time buat kerja tu. Lama2,
dah start fikir. Kalau aku buat macam tu, nanti orang buat dekat aku,
aku pun marah kan.. hehe.. Aku dengan Daus start dari bawah. Aku start
dengan CLC jadi exco career ngan daus pulak dari srm. Dalam tempoh
setahun tu jugak ktorang belajar dengar arahan, buat kerja ikot waktu
yang diberi. So bila naik je jadi VP dgn SRC nie, dah boleh tolerance
dengan orang. Sebab kt pernah berada di bawah so kt tahu macam mana
kerja tu. Kt dah boleh buat semua. Itu apa yang aku belajar. Bukan hanya
tahu mengarah tapi tak tahu buat kerja.
Memang banyak yang aku tengok sekarang nie. Jadi campakla aku dekat
mana2 pun,
aku boleh survive cuma ambik masa jela nak adapt kan. Memang aku seorang
yang
agak garang, tapi garang aku bersebab. Aku taknak anak2 buah aku free2
je masuk
kelab tapi tak dapat pape.
Bila dah ada jawatan atasan
nie, standardla mengarah orang buat keje kan. Aku kalau dah sekali dua suruh
buat keje, kalau tak buat jugak memang aku menyampah. So ambik keputusan buat
sendiri. Lagi senang. Dalam hati dah macam “lantak korangla. Aku yang dapat pengalaman. Korang yang rugi”. Ceh. Ayat gila gelabah
kan? Ahaha.. Tapi itulah aku dengan Daus punya perangai. Alhamdulillah walaupun
ktorang memang busy memajang tahun nie, ktorang still DL. Well, tipulah kan
kalau aku kata pointer tak jatuh. Memang tahun nie pointer aku jatuh. Memang
jatuh sikit tapi impak dia memang besar walaupun CGPA still tinggi.
Itu yang aku paling
menyampah bila orang yang takda benda sangat nak buat takleh nak perform. Ingat
apa? Aku yang dari pagi gi kelas, belajar dengan lead every task.. Dengan
programnya lagi dengan time malam kena tolong mak kat kedai memangla leisure
kan hidup? Daus yang dengan kerja nya lagi boleh je perform dalam study kenapa
yang lain tak boleh. Cuma nak atau taknak je pilihan kt. So semua dah besar,
pandai2 lah fikir. Memang benda nie rasa macam takda pekdahnya, tapi aku rasa
ia akan memudahkan korang di masa hadapan. Macam mana aku hantar sekali je
resume tuk practical terus dapat walaupun first kena reject tapi dipilih balik,
dan macam mana jugakla kawan aku yang cgpa hampir sama dengan aku asyik
direject je. Jadi pandai2 lah. Bukan nak berlagak, tapi nak bagi tahu kebaikan
yang korang tak nampak. Aku harap time practical nanti aku boleh survive lah. Bukan nak kata tak boleh nak have fun, tapi ada
masanya. Sampai sini jela aku bebel. Jenuh dah menaip. Haha.. Thanks for
reading. :)