Master of Revup 2012 #throwback
Friday, May 09, 2014 | 10:58 PM | 0 comments
Assalamualaikum..
Eh? Apasal tajuk 2012? *tengok kalendar* bukan sekarang 2014? hahaha.. nampak tak di situ? #throwback hahaha
Okay. Kalau nak cerita balik dari A ke Z, memang tak ingatlah ceritanya. Jadi just nak cerita sikit je. Dalam post sebelum ni kan aku ada bagitahu yang event last yang aku involve dalam IIC adalah event ni. Macam biasa directornya semestinya Firdaus Jamil. Segala pembentangan idea dia yang uruskan sebab time tu aku sibuk dengan event lain jadi memang tak ikut sekali lah. Idea event kami tercalon dalam top 16. Sebenarnya event nie event IPT.
Okay tanpa membebel panjang, bulan 12 tahun 2012 adalah masa untuk keputusan.. Setelah di jemput, dan ada lah tentative nya kan. mana boleh masuk2 je terus result. iya dak? hahaha.. sebenarnya adalah spoiler di situ bila ada persembahan dari 3 uni/kolej. sebenarnya nak bagitahu itu top 3. tapi kami tak tahu pun. Si daus tahu bukan nak bagitahu. siot je. aktiviti2 lain seperti menari, catwalk (“⌒∇⌒”) *memang tak lupa sebab aku yang catwalk kat depan. ahaks*, dan lain2 lah..
Okay taknak cerita panjang. Rasa tengok gambar pun dah tahukan yang kami menang undian facebook terbanyak dan event kami menang tempat pertama! oh yea! Sangat terharu sebab itu last event dekat iic kan. Bila dapat, memang rasa ohsem gila.. ahaks.
Setelah segala penat lelah, pergaduhan, perselisihan paham, bantahan demi untuk menjayakan event.. Akhirnya, dengan bantuan Allah, kami berjaya. (❣◕ ‿ ◕❣)
Okay sampai sini saja. Nantikan #throwback yang lain pulak ye.. hihihi