Convocation #throwback #150314
Thursday, August 07, 2014 | 11:37 PM | 0 comments
Assalamualaikum..
*tengok kalendar* haha yea I know. Bulan 3 punya cerita baru nak hapdate sekarang. ahaks.. Time nak convo, malam tu takleh nak tidur kot. Excited punya pasal. Bukan excited nak convo tapi nak jumpa kawan2 yang dah lama tak jumpa. Rasa semua orang pun rasa cengitu lah kot. ahaha.
Masa hari rehearsal tu kami agak menggilalah jugak bersembang bergelak ketawa. Kan dah cakap lama tak jumpa kan. haha. Semua masing-masing excited bercerita keadaan semasa. Buat apa, macam mana, bla bla bla. Let cut it short, sebagai student under SICT (School of Information Communication & Technology), kami punya turn last sekali naik stage sebab kitaorang tak ramai. Macam what the fish?? Dalam tentatives tulis lain. Bengang pun ada jugak. Jadi macam lantakla. Kitaorang taknak dengar cakap sangat. Nak buat bising. hahaha.. But first let take a selfie.. Eh silap. Wefies.. (Pelik je bunyi)
Rehearsal Day.
#IIUM #CAC
Jeng Jeng Jeng.. The day that we waiting for had arrived. Bayangkan.. Seperti yang anda dapat lihat di dalam gambar, jubah convo kaler hitam. We need to pair up and queue for hours! Agak meleleh tak peluh? Memanglah pagi tapi lama kot beraturnya. Mana taknya. Last weyh last! Screw you, DCE students for having hundreds of students. Haha.. Kalau ikotkan banyak gila kitaorang berselfie. Siap kena marah sebab beratur tak elok. Mana taknya. Kejap ke depan, kejap ke belakang. Line tu pun tak betul, cemana ktorang nak beratur elok elok.
Kami Diploma Jurusan Teknologi Maklumat.
Sila jangan bosan tengok gambar saya. haha..
We went inside, be seated, queue for hours, went on stage for few seconds! and be seated again. =.=
Terasa seperti ingin belasah diri sendiri je bila ambil scroll tu. Shouldn't listen to committee advise that was : tunduk hormat sikit, ambil scroll, cakap terima kasih dan tunggu beberapa saat, dan bla. Patutnya aku buat : tunduk hormat sikit, senyum, ambil scroll dan bla. Nie nampak macam senyum melebih2 pulak. Terasa scary pun ada. Haish.. Gambar jalan atas stage nak turun tu takmo la aku post dekat sini. Gambar tu nampak poyo la pulak. Patut buat macam daus. Benti then senyum, jalan sikit benti then senyum.. Argh!!! #Regret
Ah taknak cakap dah pasal tu.. geram! Haa cakap pasal geram, ni ada lagi haa geramnya.. Sila lihat gambar di bawah.
Tengok gambar belah kanan yang tengah tengah tu.. Oh seteress!!!! Kenapa nombor 2??!! Kenapa??!! Sedihnya!! Kalaulah result aku tak spoil masa practical, mesti boleh punya. Beza pointer aku dengan liyana 3.87 - 3.77 = 0.1.. (ᗒᗣᗕ)՞
Dan yang bertambah sedih lagi bila kami tak tercalon untuk anugerah kokurikulum terbaik gara gara kami cari pasal (bukan cari pasal tapi bersuara hak kami) dengan stadd. NAMA SRC A.K.A MPP DENGAN PRESIDENT KELAB TAK TERCALON PUN! Orang yang kitaorang tak kenal dari mana aktifnya yang dapat anugerah tu.. ohhh.. serious tak puas hati.. Bukan aku sorang je.. Yang lain pun sama. Kitaorang adalah mengadu dekat bekas manager kitaorang dulu. Dia pun marah jugak. Mana boleh buat macam tu, Dahla data kami tak simpan! Then what is the point of them having to have that department but do not save our records? I have noooo idea! Okay aku tak se-educated mereka jadi sila diam.
Dengan buku graduate kitaorang pun salah, nama takda, bintang takda. Memang aku fikir "Do you hire an amateur to handle this big event by themselves?".. I have no idea. Okay I should stop with this complaining.
Keluar je dari dewan memang dok eh nak duduk dengan satu kos je. Hello, saya ada kawan dalam semua kos jadi kenapa nak selfie dengan orang yang sama 100 200 kali? Bosan orang lain yang tengok gambar kita nanti. Jadi apa lagi. Jom hambik gambar dengan yang lain..
Kos #DIA #DIT #DMS #DCE #DIC #DBA
Lepas je habis bergambar, memang terus pulang jubah sebab malas nak fikir dah. Pastu pergilah lepak dengan daus and kak didie. Okay kitaorang lepaskan ketidakpuashatian convo. haha.. Lepas habis je semua semua tu, settle ambil scroll dan segala urusan, memang taknak jejak kaki dah dekat situ. Melainkan rasa nak jumpa lecturer lecturer yang tercinta. Cewah! hahaha.. Tapi serious lah. I don't miss the institution at all. I just miss the great time I had with my friends.
Okay harus berhenti membebel.. I just hope that all of us will have a good future and be happy in life.